Jurugambar atau jurufoto adalah seseorang yang mengambil gambar foto menggunakan kamera. Mereka ini adalah seniman
kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-lain artis visual.
Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang
jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi
menyara hidupnya.
Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan
kamera sahaja. Sebenarnya jurugambar terlibat dalam pembangunan imej
sehingga persembahan produk akhir. Sekeping gambar mungkin kerja seorang
atau satu pasukan. Paling biasa pasukan ini dibentuk dari seorang
jurugambar hingga kepada di dalam makmal fotografi. Kerja-kerja di
makmal ini (pemprosesan fotografi, pemprosesan imej dan lain-lain) boleh menukar sama sekali penampilan sesuatu gambar.
Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka.
Antara subjek kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret,
dokumentari, jurufoto komersil, dan sebagainya. Beberapa jurugambar
membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek sahaja. Sementara yang lain
lebih kepada fotografi artistik dan kewartawanan foto.
Kerjaya jurugambar boleh dilakukan oleh mana-mana profesional lain
umpamanya jurutera boleh menghasilkan gambar berdasarkan bidang
tugasnya. Begitu juga seorang saintis boleh menjadi jurugambar yang baik
untuk mengeluarkan produk gambar sains kerana mereka mahir menilai
habitat haiwan contohnya.
Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung
pada kemahiran seseorang Jurugambar. Jurugambar tidak seperti
profesional lain yang mempunyai KPI tertentu untuk dinilai. Namun untuk
bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus faham, mahir menilai
gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu menilai
gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.
Antara tugas jurugambar : - mengambil gambar di sudut atau perspektif
yang menarik - mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan
bertepatan dengan subjek - mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar
yang diambil hendaklah kelihatan seperti 'hidup'